RSS

Monthly Archives: January 2013

Siapa Pergi Rasa2nya Mati?

sprm-2012

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan notis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dua orang peguam berhubung penyiasatan kes melibatkan National Feedlot Corporation (NFC). Hakim Datuk Zaleha Yusof semasa membenarkan permohonan semakan kehakiman itu memutuskan notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 adalah tidak sah dan satu salah guna kuasa. Notis itu tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar. “Saya tidak nampak sebarang logik untuk mengeluarkan notis kepada pemohon (dua peguam) bagi merekodkan kenyataan mereka, yang hanya mewakili anak guam mereka,” kata Zaleha. Beliau berkata ia merupakan satu perbuatan yang cuba untuk menakut-nakutkan dan cubaan mendapatkan maklumat tertentu di antara anak guam dan peguam yang mewakili mereka oleh pegawai SPRM. Dua kematian telah dicatatkan di premis SPRM sebelum ini iaitu mendiang Teoh Beng Hock dan Allahyarham Ahmad Sarbini.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 31, 2013 in Korupsi

 

Bolehkah Bible Gunakan Kalimah Allah?

images-bible

Reverend C.I. Scofield, D.D. bersama lapan orang Editor Perunding asalnya berpendapat adalah sesuai menterjemahkan kalimah Ibrani (Hebrew) “Elah” yang bermaksud “God” kepada “Alah” dan tidak “Allah”. Dalam syarahan-syarahan awam, rujukan dibuat sebagai “Bible Rujukan Scofield” atau “Rev. Scofield’s Authorised Version” yang menterjemah ayat demi ayat daripada Genesis 1:1. Penterjemahan yang dibuat bagaimanapun menggunakan kalimah “Alah” dan tidak “Allah”. Kalimah ini terdapat dalam Bible orthodox. Dalam Bible versi Scofield yang terkini, kalimah “Alah” telah digantikan dengan “God”.

Menyedari kemelut penterjemahan daripada Hebrew kepada Inggeris maka, dalam prakata Collins’ pada mukasurat vi dan vii, ada menyebutkan: “Many proposals for modification were submitted to the Committee by individuals and by two Denominational Committees. All of these were given careful attention by the committee… Two passages, the longer ending of Mark (16:9-20)… and Luke 24:51 are RESTORED TO THE TEXT” bermaksud: “Banyak cadangan untuk pengubahsuaian diterima oleh Jawatankuasa daripada individu-individu termasuk dua daripada Jawankuasa Penamaan. Kesemua ini telah diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Jawatankuasa… Dua baris ayat, yang panjang yang mengakhiri Mark (16:9-20)… dan Luke 24:51 dikekalkan SUPAYA MENGIKUT TEKS ASAL.” Kalimah Eli yang bermaksud Allah adalah daripada ayat: “Jesus cried with a loud voice, saying Eli, Eli, lama sabachtani?…” (Matthew 27:46). Manakala sifat Allah Yang Esa daripada ayat: “And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; the Lord our God is one Lord.” (Mark 12:29). Saranan supaya mengekalkan teks asal dibuat selepas 1952.

 
Leave a comment

Posted by on January 22, 2013 in Isu

 

PRU ke-13 Semakin Hampir?

PRU-13

Hampir setiap lima tahun sekali kegelisahan rakyat terserlah akibat kemelut politik, politicking, politik adu domba, politik fitnah-mehnah atau apa sahaja atas nama politik yang meningkat kadar stress. Kepincangan ini bagai tiada kesudahan dan tidak berpenghujung. Politik menjadi satu elemen kehidupan paling dibenci oleh segelintir masyarakat menyebabkan sebahagian menjadi tidak kisah apa nak jadi, jadilah. Patriotikkah golongan ini? Sementelahan pula, tarikh pembubaran telah menjadi satu privilege atau hak istimewa Perdana Menteri. Semenjak 2012 beberapa jangkaan atau ramalan tarikh pilihanraya tersebar serata alam siber. Bagaimanapun, detik ditunggu pasti tiba. Tahun Baru Cina jatuh pada Jumaat 10 Februari 2013. Sementara Chap Goh Meh antara 19-20 Februari 2013. Tersenarai tarikh terbubarnya Dewan Undangan Negeri-negeri Johor & Negeri Sembilan (21 & 27 Mac 2013), manakala Pahang, Selangor, Melaka, Perak, Perlis, Kelantan & Sabah pada 20 – 29 April 2013. Pulau Pinang dan Kedah pula pada 2 Mei 2013. Mengambilkira tarikh-tarikh tersebut, maka pembubaran parlimen dijangka pada 22 Februari 2013, penamaan calon pada 16 Mac dan Hari Mengundi dijangka pada 30 Mac 2013. Selepas ini hendaknya tarikh pilihanraya tidak menjadi rahsia lagi.

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2013 in Uncategorized

 

Dr M Pengkhianat Negara?

chedet-umno

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.Dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi. Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing. Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2013 in Isu

 
Video

#LISTEN

#Listen phenomenon from crazy view of Namawee Tokok…

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2013 in Uncategorized

 

Seiringkah Mahasiswa & Politik?

Bawani vs Sharifah

Today, I don’t want to speak, but I just want to listen, so please listen (11 times):

We make comparisons every day. When Najib says UMNO-BN is better than PR, isn’t that a comparison? When Najib aspires to transform Malaysia into a developed country, isn’t it because he sees some things better in the developed countries? Perhaps Sharifah would like to suggest that Najib should migrate to some developed country?! What a shameful performance! Sharifah should have debated Bawani, but all she could do was muster her petty authority to bully. Bawani may be a student and young, but she’s far wiser than Sharifah. Bawani’s willingness to challenge the status quo shows a student mature beyond the average. The only way to progress is to question and even to challenge the norm. UMNO breeds a culture of intimidation and fear! Bravo to Bawani! Shame on Sharifah! [BdotUdotNdot from Malaysian Insider]

“When this is our programme we allow you to speak…” This Sharifah forgot the programme belonged to the students, too, including Bawani. Without the students Sharifah would have been speaking in an empty hall unless the cats, the dogs and the sharks came to participate as well. It would have been hilarious if they animals did come and we can imagine how she would talk to them, “listen, listen, listen, listen, listen…” and they would meow, meow, and woof, woof in response! [Semua_Boleh from Malaysia Insider]

 
Leave a comment

Posted by on January 16, 2013 in Isu

 

Air Sebagai Senjata Politik?

loji-semenyih-02

Air adalah antara beberapa kemudahan yang Islam melarang dijadikan komoditi niaga atas dasar mencari keuntungan atas angin kerana ia adalah keperluan hak asasi manusia. Cara UMNO-BN menangani masalah berasaskan keperluan rakyat seperti air tidak pernah mengambilkira sama ada kaedahnya halal atau haram. Yang penting mendapat pulangan juta-juta untuk tembolok kroni.  Najib perlu melihat sendiri status bekalan air di Selangor dengan memanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bertanggungjawab mengelola perkhidmatan air.  Dia tidak seharusnya melihat masalah dari jauh atau sekadar mempercayai maklumat kroni semata-mata.  Jawatan dan khidmat Perdana Menteri bukan hak eksklusif UMNO-BN kerana tanpa rakyat terbanyak dia tidak berada di situ.  Kalau atas tekanan masalah air ini menyebabkan rakyat Selangor akur dengan kehendak BN, maka rakyat sendiri akan rugi untuk jangka panjang. Dengan menjadikan air sebagai senjata untuk meraih sokongan politik, maka yang pasti senjata akan makan diri…

 
Leave a comment

Posted by on January 15, 2013 in Isu