RSS

PRU ke-13 Semakin Hampir?

20 Jan

PRU-13

Hampir setiap lima tahun sekali kegelisahan rakyat terserlah akibat kemelut politik, politicking, politik adu domba, politik fitnah-mehnah atau apa sahaja atas nama politik yang meningkat kadar stress. Kepincangan ini bagai tiada kesudahan dan tidak berpenghujung. Politik menjadi satu elemen kehidupan paling dibenci oleh segelintir masyarakat menyebabkan sebahagian menjadi tidak kisah apa nak jadi, jadilah. Patriotikkah golongan ini? Sementelahan pula, tarikh pembubaran telah menjadi satu privilege atau hak istimewa Perdana Menteri. Semenjak 2012 beberapa jangkaan atau ramalan tarikh pilihanraya tersebar serata alam siber. Bagaimanapun, detik ditunggu pasti tiba. Tahun Baru Cina jatuh pada Jumaat 10 Februari 2013. Sementara Chap Goh Meh antara 19-20 Februari 2013. Tersenarai tarikh terbubarnya Dewan Undangan Negeri-negeri Johor & Negeri Sembilan (21 & 27 Mac 2013), manakala Pahang, Selangor, Melaka, Perak, Perlis, Kelantan & Sabah pada 20 – 29 April 2013. Pulau Pinang dan Kedah pula pada 2 Mei 2013. Mengambilkira tarikh-tarikh tersebut, maka pembubaran parlimen dijangka pada 22 Februari 2013, penamaan calon pada 16 Mac dan Hari Mengundi dijangka pada 30 Mac 2013. Selepas ini hendaknya tarikh pilihanraya tidak menjadi rahsia lagi.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: