RSS

Monthly Archives: April 2013

DAP Tawar RM5,000?

bakar-bn

DAP Perak menawarkan RM5,000 kepada orang ramai yang berjaya membantu polis menangkap dalang yang menyebabkan kebakaran di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Jelapang, baru-baru ini. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, taktik kotor dengan membakar dan meletakkan bom adalah penghinaan kepada demokrasi. Menurutnya, rakyat mahukan pilihan raya yang aman dan beretika agar demokrasi negara ini dihormati serta disegani di dunia. “Semua pihak mengutuk tindakan sedemikian yang sengaja menimbulkan huru-hara. Perkara ini perlu ditegah dan dihentikan dengan segera. Kami sedia menawarkan RM5,000 untuk membantu BN mencari individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” katanya di Bilik Gerakan Dun Kepayang, semalam. Hadir sama, calon Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran. Sebelum ini, dua bilik gerakan BN di Jelapang dibakar dalam kejadian berasingan melibatkan kerosakan peralatan untuk berkempen. [SinarHarian]

 
Leave a comment

Posted by on April 28, 2013 in Isu

 

Undi Pos Dua Kali?

Undi-Awal

Kertas undi pos polis yang bersebar di laman sosial memungkinkan pihak berkuasa itu membuang undi sebelum tarikh sebenar pengundian awal pada 30 April ini. Polis dikatakan diarah supaya mula membuang undi pada 23 April 2013 melalui kertas undi yang tertera nombor siri dan logo bendera parti. Kertas undi tersebut turut disertakan dengan borang yang tercatit nama pengundi dan nombor kad pengenalan berserta nombor siri yang sama. Borang tersebut disampulkan bersama kertas undi sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi. Berdasarkan kertas undi itu, dipercayai ia adalah untuk Parlimen P118 Setiawangsa kerana tertera nama calon BN, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan calon KEADILAN, Ibrahim Yaacob. Mengulas perkara ini, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jika ia berlaku, pihak terbabit perlu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya disiasat. “Tidak sepatutnya berlaku, tapi jika kertas undi sudah diterima dan diminta membuang undi, ia perlu dilapor kepada polis atau SPR kerana kita terima laporan bahawa esok kertas-kertas undi akan dihantar untuk pengundi pos. “Jika ada laporan dibuat berkenaan perkara ini, tetapi mereka tidak mahu ambil tindakan, ia boleh disifatkan sebagai kesalahan besar,” kata Syed Ibrahim kepada Keadilan Daily. Beliau menegaskan, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan penipuan undi pos sekaligus menjawab kesangsian rakyat berkaitan isu tersebut. [KeadilanDaily]

 
1 Comment

Posted by on April 23, 2013 in Korupsi

 

Dr M Inginkan Huru-Hara?

van-jelajah2013

Peguam Negara akan dituduh bersubahat jika enggan bertindak ke atas tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat boleh mencetus konfrontasi perkauman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sambil mengecam tulisan Dr Mahathir yang disifatkannya mengapi-apikan perkauman, Mahfuz mendesak Peguam Negara segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan. Mahfuz memberi jaminan PAS akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat negara ini jika pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan konfrontasi kaum. “PAS bukan sahaja sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang percubaan mencetuskan huru-hara akibat sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh Umno seperti yang terbukti dalam tulisan Dr Mahathir di dalam blognya yang bertajuk ‘Gelang Patah’. “Malah, kita memberikan komitmen untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku konfrontasi kaum seperti yang cuba diilhamkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya itu,” tegas beliau. Mahfuz menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu sebagai satu lagi bukti bahawa beliau berada dalam ketakutan untuk menghadapi kemarahan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini. “Bukan rahsia lagi Dr Mahathir sangat takut menghadapi pilihan raya kali ini malah beliau pernah dilaporkan berkata bahawa beliau lebih bimbangkan keselamatan anak cucunya berbanding keselamatan dirinya sendiri jika Pakatan Rakyat (PR) menang. “Tulisannya itu jelas merupakan usaha terdesak Dr Mahathir untuk menyebarkan ketakutannya itu kepada rakyat dan mengajak rakyat berkongsi ketakutan peribadinya,” kata Mahfuz.

 
Leave a comment

Posted by on April 13, 2013 in Isu

 

SPR Umum PRU 13: Gendang Perang Bermula?

spr-umum

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 5 Mei (Ahad). Kedua-dua tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pagi tadi. Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini. Bermakna, tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei. Menurut Aziz, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. (PRU 13). Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April. PRU 13 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Serentak dengan itu, suruhanjaya itu juga memaklumkan calon-calon yang bertanding bolehlah memohon set borang penamaan calon sebanyak RM20 di mana-mana pejabat SPR negeri atau di Putrajaya.

 
Leave a comment

Posted by on April 11, 2013 in Peristiwa

 

Bentang Manifesto: Untuk Pakatan 10 minit, BN Siaran Langsung?

pakatan-harapan-rakyat2013

Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan pelawaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Pakatan Rakyat untuk membentangkan rakaman manifesto selama sepuluh minit sesuatu yang agak melucukan. Manifesto BN akan dilancarkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam ini, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Daruk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto. Johari mempersoal kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti. Inilah Barisan Nasional gabungan parti yang takutkan bayang-bayang sendiri. [KeADILan Daily]

 
Leave a comment

Posted by on April 6, 2013 in Isu

 

Najib Tersasul Bubar Parlimen?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan sendiri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu. Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti. Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu. Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon. Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat. Bagaimanapun, Najib tersasul apabila menyebut tarikh 3 April 2013 kepada 3 April 2012…[Harakahdaily]

 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2013 in Uncategorized