RSS

Monthly Archives: May 2013

Khir Toyo sudah jatuh ditimpa tangga?

khir

Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013, mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam. Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali. Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir. “Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa. “Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah,” katanya. Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah. Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut. Sudah jatuh ditimpa tangga…

 
Leave a comment

Posted by on May 31, 2013 in Korupsi

 

PRU 13 direncana?

resultpru13

Saya melihat keputusan PRU 13 sebagai keputusan di atas sebuah papan catur yang direncanakan. Kemenangan BN dalam PRU 12 dengan kerusi sebanyak 140 dan PR 82 adalah lebih tulen berbanding dalam PRU 13. Perencanaan pengundian dibuat dalam sebuah makmal pengurusan undi (VML – Vote Management Lab) di mana BN diberi kata dua sama ada sedia kalah lebih teruk dan kehilangan Putrajaya atau menerima satu keputusan daripada analisis pakar-pakar perunding yang menawarkan satu angka selesa dan workout dilakukan berdasarkan angka selesa itu. Angka yang dicadangkan ialah PR 89. Menerusi instrumen EPU (Election Planning Unit)VML (Votes Management Lab), MCA dikorbankan utk memberikan kemenangan bergaya kpd DAP sebagai membuktikan wujudnya faktor ‘polarisasi kaum’. Faktor ‘kalimah Allah’ & ‘hukum hudud’ pula diaplikasi utk mengurangkan kerusi PAS. Bagaimanapun, utk menenangkan keadaan kekurangan yang dilakukan di sesuatu tempat perlu ‘digantikan’ dgn kemenangan besar’ di kawasan-kawasan lain… [EndRahman]

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2013 in Peristiwa