RSS

Monthly Archives: September 2016

DSMNAR PM Terakhir?

tsmy2016

Parti Amanah Negara (Amanah) mengulangi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan bekerjasama dengan parti itu bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14.

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain PKR dan DAP, PPBM juga merupakan parti yang penting untuk menyelamatkan Malaysia walaupun umurnya baru beberapa hari.

“Parti PPBM umurnya belum setahun tapi kita merasakan parti ini penting untuk negara.

“Tua ataupun muda yang penting kita sinergikan kekuatan kita,” kata beliau dalam pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi. (24/9/2016).

Pidato tersebut merupakan pembukaan kepada program sambutan setahun Amanah yang akan berlangsung sepanjang hari ini.

Turut bersama dalam pidato tersebut ialah presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Salahuddin juga berkata, beliau yakin semua pemimpin pembangkang dan rakyat bercita-cita untuk menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri terakhir.

“Saya pernah mencadangkan sebaik mana pun perdana menteri jangan lebih dua penggal.

“Saya mencadangkan supaya pentadbiran negara biar cukup lima tahun satu penggal.

“Kita ada perdana menteri yang rompak duit rakyat tapi tak boleh dibuat apa-apa,” katanya. – Malaysia Dateline

 
Leave a comment

Posted by on September 25, 2016 in Uncategorized