RSS

Category Archives: Isu

DAP Tawar RM5,000?

bakar-bn

DAP Perak menawarkan RM5,000 kepada orang ramai yang berjaya membantu polis menangkap dalang yang menyebabkan kebakaran di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Jelapang, baru-baru ini. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, taktik kotor dengan membakar dan meletakkan bom adalah penghinaan kepada demokrasi. Menurutnya, rakyat mahukan pilihan raya yang aman dan beretika agar demokrasi negara ini dihormati serta disegani di dunia. “Semua pihak mengutuk tindakan sedemikian yang sengaja menimbulkan huru-hara. Perkara ini perlu ditegah dan dihentikan dengan segera. Kami sedia menawarkan RM5,000 untuk membantu BN mencari individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” katanya di Bilik Gerakan Dun Kepayang, semalam. Hadir sama, calon Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran. Sebelum ini, dua bilik gerakan BN di Jelapang dibakar dalam kejadian berasingan melibatkan kerosakan peralatan untuk berkempen. [SinarHarian]

 
Leave a comment

Posted by on April 28, 2013 in Isu

 

Dr M Inginkan Huru-Hara?

van-jelajah2013

Peguam Negara akan dituduh bersubahat jika enggan bertindak ke atas tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat boleh mencetus konfrontasi perkauman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sambil mengecam tulisan Dr Mahathir yang disifatkannya mengapi-apikan perkauman, Mahfuz mendesak Peguam Negara segera mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan. Mahfuz memberi jaminan PAS akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat negara ini jika pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan konfrontasi kaum. “PAS bukan sahaja sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang percubaan mencetuskan huru-hara akibat sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh Umno seperti yang terbukti dalam tulisan Dr Mahathir di dalam blognya yang bertajuk ‘Gelang Patah’. “Malah, kita memberikan komitmen untuk melindungi dan menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku konfrontasi kaum seperti yang cuba diilhamkan oleh Dr Mahathir di dalam blognya itu,” tegas beliau. Mahfuz menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu sebagai satu lagi bukti bahawa beliau berada dalam ketakutan untuk menghadapi kemarahan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei ini. “Bukan rahsia lagi Dr Mahathir sangat takut menghadapi pilihan raya kali ini malah beliau pernah dilaporkan berkata bahawa beliau lebih bimbangkan keselamatan anak cucunya berbanding keselamatan dirinya sendiri jika Pakatan Rakyat (PR) menang. “Tulisannya itu jelas merupakan usaha terdesak Dr Mahathir untuk menyebarkan ketakutannya itu kepada rakyat dan mengajak rakyat berkongsi ketakutan peribadinya,” kata Mahfuz.

 
Leave a comment

Posted by on April 13, 2013 in Isu

 

Bentang Manifesto: Untuk Pakatan 10 minit, BN Siaran Langsung?

pakatan-harapan-rakyat2013

Ketika Pakatan Rakyat bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentang manifesto kepada rakyat, Umno Bn mendapat siaran langsung di media arus perdana. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan pelawaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Pakatan Rakyat untuk membentangkan rakaman manifesto selama sepuluh minit sesuatu yang agak melucukan. Manifesto BN akan dilancarkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Bukit Jalil malam ini, disiar RTM secara langsung sedangkan Menteri Penerangan, Daruk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya memberi 10 minit untuk Pakatan Rakyat membentang manifesto. Johari mempersoal kewajaran siaran langsung itu kerana kerajaan sedia ada bersifat kerajaan sementara sekali gus bermakna Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan untuk kerja parti. Inilah Barisan Nasional gabungan parti yang takutkan bayang-bayang sendiri. [KeADILan Daily]

 
Leave a comment

Posted by on April 6, 2013 in Isu

 

Tragedi 1313: Kenapa polis bukan tentera?

lahaddatu-1

Menurut Mohd Harif dari JB, 1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU. 2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita. 3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa. Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna: 1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang. 2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan – Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya) 3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang. 4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu. Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan). Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

 
Leave a comment

Posted by on March 4, 2013 in Isu

 

CSL Jadi Hantu?

picdgn_csl

picdgn_csl2

Pelbagai spekulasi cuba diwujudkan pihak tertentu terhadap beberapa keping gambar membabitkan pimpinan PAS bersama pemimpin BN yang tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. Antaranya gambar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh serta Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sedang berbual dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di sebuah hotel. Sebenarnya, gambar tersebut adalah gambar yang diambil ketika kesemua mereka menyertai Persidangan Antarabangsa Parti Politik Asia (ICAPP) kali ke-7 di Baku, Azerbaijan pada 22 hingga 23 November 2012 yang lalu.ICAPP adalah satu persidangan yang menjemput semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang untuk turut serta dalam persidangan tersebut. Selain Malaysia, negara lain yang terlibat adalah Armenia, Bangladesh, Cambodia, China, India, Indonesia, Iran, Iraq, Japan, Kazakhstan, Republic of Korea, Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Nepal, Pakistan, Papua New Guinea, Philippines, Russia, Sri Lanka, Syria, Tajikistan, Thailand, Turkey dan Vietnam. Sebenarnya kita tak berminat pun nak berkompromi apa-apa dengan CSL, beli telefon CSL takpe! Dia Hantu Yang Dikenali…

 
Leave a comment

Posted by on February 21, 2013 in Isu

 

Bolehkah Bible Gunakan Kalimah Allah?

images-bible

Reverend C.I. Scofield, D.D. bersama lapan orang Editor Perunding asalnya berpendapat adalah sesuai menterjemahkan kalimah Ibrani (Hebrew) “Elah” yang bermaksud “God” kepada “Alah” dan tidak “Allah”. Dalam syarahan-syarahan awam, rujukan dibuat sebagai “Bible Rujukan Scofield” atau “Rev. Scofield’s Authorised Version” yang menterjemah ayat demi ayat daripada Genesis 1:1. Penterjemahan yang dibuat bagaimanapun menggunakan kalimah “Alah” dan tidak “Allah”. Kalimah ini terdapat dalam Bible orthodox. Dalam Bible versi Scofield yang terkini, kalimah “Alah” telah digantikan dengan “God”.

Menyedari kemelut penterjemahan daripada Hebrew kepada Inggeris maka, dalam prakata Collins’ pada mukasurat vi dan vii, ada menyebutkan: “Many proposals for modification were submitted to the Committee by individuals and by two Denominational Committees. All of these were given careful attention by the committee… Two passages, the longer ending of Mark (16:9-20)… and Luke 24:51 are RESTORED TO THE TEXT” bermaksud: “Banyak cadangan untuk pengubahsuaian diterima oleh Jawatankuasa daripada individu-individu termasuk dua daripada Jawankuasa Penamaan. Kesemua ini telah diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Jawatankuasa… Dua baris ayat, yang panjang yang mengakhiri Mark (16:9-20)… dan Luke 24:51 dikekalkan SUPAYA MENGIKUT TEKS ASAL.” Kalimah Eli yang bermaksud Allah adalah daripada ayat: “Jesus cried with a loud voice, saying Eli, Eli, lama sabachtani?…” (Matthew 27:46). Manakala sifat Allah Yang Esa daripada ayat: “And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; the Lord our God is one Lord.” (Mark 12:29). Saranan supaya mengekalkan teks asal dibuat selepas 1952.

 
Leave a comment

Posted by on January 22, 2013 in Isu

 

Dr M Pengkhianat Negara?

chedet-umno

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.Beliau bagaimanapun cuba mengalih kesalahan tersebut dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara “lebih teruk” dalam tindakan berkenaan.Dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi. Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing. Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2013 in Isu