RSS

Category Archives: Korupsi

Khir Toyo sudah jatuh ditimpa tangga?

khir

Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013, mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam. Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara. Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali. Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir. “Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa. “Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah,” katanya. Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah. Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut. Sudah jatuh ditimpa tangga…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 31, 2013 in Korupsi

 

Undi Pos Dua Kali?

Undi-Awal

Kertas undi pos polis yang bersebar di laman sosial memungkinkan pihak berkuasa itu membuang undi sebelum tarikh sebenar pengundian awal pada 30 April ini. Polis dikatakan diarah supaya mula membuang undi pada 23 April 2013 melalui kertas undi yang tertera nombor siri dan logo bendera parti. Kertas undi tersebut turut disertakan dengan borang yang tercatit nama pengundi dan nombor kad pengenalan berserta nombor siri yang sama. Borang tersebut disampulkan bersama kertas undi sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi. Berdasarkan kertas undi itu, dipercayai ia adalah untuk Parlimen P118 Setiawangsa kerana tertera nama calon BN, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan calon KEADILAN, Ibrahim Yaacob. Mengulas perkara ini, Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jika ia berlaku, pihak terbabit perlu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya disiasat. “Tidak sepatutnya berlaku, tapi jika kertas undi sudah diterima dan diminta membuang undi, ia perlu dilapor kepada polis atau SPR kerana kita terima laporan bahawa esok kertas-kertas undi akan dihantar untuk pengundi pos. “Jika ada laporan dibuat berkenaan perkara ini, tetapi mereka tidak mahu ambil tindakan, ia boleh disifatkan sebagai kesalahan besar,” kata Syed Ibrahim kepada Keadilan Daily. Beliau menegaskan, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan penipuan undi pos sekaligus menjawab kesangsian rakyat berkaitan isu tersebut. [KeadilanDaily]

 
1 Comment

Posted by on April 23, 2013 in Korupsi

 

Bolehkah SPR Menipu Undi?

CARA PERTAMA: Pengunaan dakwat hitam sebenarnya penipuan yang amat jelas. Dalam pilihan raya di negara lain di dunia – jari dicelup dakwat hitam sebagai tanda TELAH mengundi. Ini bermakna kalau jari ada dakwat hitam, maka Si Polan ini tidak dibenarkan datang berhampiran tempat mengundi. Ada dakwat tak boleh dapat kertas undi.

Tetapi di Malaysia – jari tercalit dakwat hitam bermakna dapat kertas undi. Pelik? Di Malaysia, bakal pengundi dicalit dakwat hitam dahulu kemudian baru diberi kertas untuk mengundi. Pelik! Kenapa TIDAK celup dakwat hitam sesudah mengundi? Kenapa ada tanda dakwat hitam baru dapat kertas undi? Hairan? Jangan hairan. Jangan terperanjat. Semua sengaja dirancang SPR untuk menipu. Bagaimana penipuan berjalan?

Senang sahaja. Dalam PRU 13, ada satu ‘kontijen baru’ dibentuk SPR. Mereka dinamakan Pengundi Awal. Ada seramai 240,000 angka rasmi Pengundi Awal. Mereka adalah pekerja SPR yang akan mengundi awal. Tangan mereka dicalit dakwat hitam kerana mereka mengundi awal.

Tetapi walaupun ada calitan dakwat hitam – si Pengundi Awal boleh dapat kertas undi sekali lagi. Ini kerana di Malaysia ada calitan dakwat masih bisa mengundi. Bayangkan berapa ramai dari 240,000 yang akan mengundi sekali lagi? Ada dakwat hitam boleh dapat kertas undi. Nampak cara menipu? Jelas.

CARA KEDUA: Kita pernah dengar bagaimana Azalina Osman dari Parlimen Pengerang menang dua kali pilihan raya dengan membeli bakal calon PKR. Ini bukan rahsia lagi. Kita sedar bagaimana bakal calon akan disogok, dibeli atau diculik sebelum hari penamaan calon. Tapi kali ini ada rancangan lebih.

Hakikatnya dalam pilihan raya di Malaysia, bukan berapa ramai penyokong datang mengundi. Tetapi siapa yang menjadi pengira undi.

Parti bertanding menyediakan apa yang dikenali sebagai PACABA – Ejen Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Bilik Mengundi. Mereka diberi latihan. Anggota PACABA dari aktivis parti. Mereka bekerja sukarela di hari mengundi. Tetapi mereka jugalah benteng pertahanan awal paling lemah.

Kerana kali ini – khususnya di Selangor – United Malays National Organisation menubuhkan dana khas untuk membeli PACABA Pakatan. Ini sebagai ‘top-up’ undi pendatang haram yang disusun di Selangor. Selangor menjadi sasaran kerana mati hidup politik Najib bergantung pada Selangor. Walaupun wujudnya 134,000 pengundi yang tidak diketahui asal usul mereka – membeli PACABA adalah satu lagi jaminan kemenangan.

Membeli PACABA bukan satu yang baru. Pada pilihan raya 2008, satu kes berlaku di Lembah Pantai. Kes ini membuktikan bagaimana undang-undang dan peraturan SPR bertujuan untuk menipu.

Di Bukit Kerinchi, setelah undi dikira tetiba PACABA PKR terperanjat apabila diberitahu bahawa Borang 14 telah habis. Borang 14 adalah borang wajib untuk menentukan jumlah undi. Tanpa PACABA menandatangani borang, maka undi di saluran tidak sah. Taktik jahat SPR telah digagalkan apabila pekerja PKR merantai bilik mengundi dan mengunci pintu masuk ke sekolah. Ini kerana ada PACABA PKR yang keras kepala dan TIDAK dapat dibeli malam itu.

Kes seakan-akan sama juga berlaku di pilihan raya kecil Sibu – 16 Mei 2010. Ingatkan kembali bagaimana tetiba – sesudah kiraan undi selesai – sampai kotak undi pos. Walhal – undi pos – dijalankan lebih awal dan pengiraan dilakukan lebih awal. Kes Sibu memperlihat bagaimana PACABA cuba dibeli, tetapi gagal.

CARA KETIGA: PRU 13 ada satu berita baik. Telah diumumkan SPR bahawa warga Malaysia di luar negara boleh mengundi. Sekali dengar memang betul ini berita baik. Tetapi ini juga satu lagi penipuan. BERSIH 2.0 telah meminta SPR menerangkan mekanisme Pengundi Luar Negara. Hingga ke hari ini SPR gagal menerangkan bagaimana pengundian dijalankan.

Justeru, jangan terperanjat jika tetiba akan sampai undi luar negara untuk ‘top-up’ undi calon Rosmah yang wajib dimenangkan.

CARA KEEMPAT: Kotak undi sampai lambat. Kes klasik berlaku di Pekan pada 1999. Ramli Muhamad dari PAS mendapat 12,904. Kiraan undi menunjukkan Ramli menang dan Najib Razak dari United Malays National Organisation kalah. Tetiba datang satu kotak undi Orang Asli. Undi Najib tetiba menjadi 13,148. Najib akhirnya diselamatkan oleh 241 ‘undi tipu’. Ini sejarah. Ini fakta. Ini bukan fitnah.

Empat penipuan ini bukan baru. Cara penipuan telah, sedang dan akan digunakan. Pembaca wajib sedar ketika United Malays National Organisation kuat dan popular, penipuan terus dijalankan. Justeru, hari ini ketika Ketuanan Melayu amat lemah, mustahil tiada penipuan.

(Hishamuddin Rais)

 
Leave a comment

Posted by on February 20, 2013 in Korupsi

 

Siapa Pergi Rasa2nya Mati?

sprm-2012

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan notis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dua orang peguam berhubung penyiasatan kes melibatkan National Feedlot Corporation (NFC). Hakim Datuk Zaleha Yusof semasa membenarkan permohonan semakan kehakiman itu memutuskan notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 adalah tidak sah dan satu salah guna kuasa. Notis itu tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar. “Saya tidak nampak sebarang logik untuk mengeluarkan notis kepada pemohon (dua peguam) bagi merekodkan kenyataan mereka, yang hanya mewakili anak guam mereka,” kata Zaleha. Beliau berkata ia merupakan satu perbuatan yang cuba untuk menakut-nakutkan dan cubaan mendapatkan maklumat tertentu di antara anak guam dan peguam yang mewakili mereka oleh pegawai SPRM. Dua kematian telah dicatatkan di premis SPRM sebelum ini iaitu mendiang Teoh Beng Hock dan Allahyarham Ahmad Sarbini.

 
Leave a comment

Posted by on January 31, 2013 in Korupsi

 

Bagaimana rupa Penyeleweng Kitab Terdahulu?

Himpunan-Kebangkitan-Rakyat-KL112-yahoo

Nabi Muhammad saw adalah nama besar dalam tamaddun manusia, sehingga Michael H. Hart meletakkan baginda sebagai manusia nombor satu daripada 100 tokoh besar dunia melebihi St Paul sendiri meskipun Michael seorang beragama Kristian. Bagaimana nama yang besar ini “tercicir” daripada senarai perkara-perkara yang meninggalkan impak mahabesar terhadap kehidupan manusia di dalam Kitab-kitab Agama Kristian yang diseleweng? Jawapannya Si Penyeleweng Fakta. Ini adalah sebahagian contoh kepincangan kemanusiaan yang tiada tolok bandingnya apabila kita memperkatakan tentang fakta dan kebenaran. Ia sebahagian korupsi media arus perdana ketika itu. Kini bagaimana? Kita sibuk memperkatakan kebobrokan orang lain dalam fakta walhal kita sendiri melakukan jenayah tersebut. Sehari dua ini dunia memperkatakan perihal HKR #KL112. Rata-rata media dunia luar memberikan liputan sewajarnya akan satu sejarah besar yang telah berlaku di bumi Malaysia. Namun, Media Arus Perdana kita menjadi Penyeleweng Fakta dan Kebenaran yang mewarisi kefasikan penyeleweng-penyeleweng agama terdahulu…

 
1 Comment

Posted by on January 13, 2013 in Korupsi