RSS

Category Archives: Peristiwa

PRU 13 direncana?

resultpru13

Saya melihat keputusan PRU 13 sebagai keputusan di atas sebuah papan catur yang direncanakan. Kemenangan BN dalam PRU 12 dengan kerusi sebanyak 140 dan PR 82 adalah lebih tulen berbanding dalam PRU 13. Perencanaan pengundian dibuat dalam sebuah makmal pengurusan undi (VML – Vote Management Lab) di mana BN diberi kata dua sama ada sedia kalah lebih teruk dan kehilangan Putrajaya atau menerima satu keputusan daripada analisis pakar-pakar perunding yang menawarkan satu angka selesa dan workout dilakukan berdasarkan angka selesa itu. Angka yang dicadangkan ialah PR 89. Menerusi instrumen EPU (Election Planning Unit)VML (Votes Management Lab), MCA dikorbankan utk memberikan kemenangan bergaya kpd DAP sebagai membuktikan wujudnya faktor ‘polarisasi kaum’. Faktor ‘kalimah Allah’ & ‘hukum hudud’ pula diaplikasi utk mengurangkan kerusi PAS. Bagaimanapun, utk menenangkan keadaan kekurangan yang dilakukan di sesuatu tempat perlu ‘digantikan’ dgn kemenangan besar’ di kawasan-kawasan lain… [EndRahman]

 
Leave a comment

Posted by on May 6, 2013 in Peristiwa

 

SPR Umum PRU 13: Gendang Perang Bermula?

spr-umum

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April (Sabtu) sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 5 Mei (Ahad). Kedua-dua tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pagi tadi. Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang media hari ini. Bermakna, tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei. Menurut Aziz, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13. (PRU 13). Tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April. PRU 13 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Serentak dengan itu, suruhanjaya itu juga memaklumkan calon-calon yang bertanding bolehlah memohon set borang penamaan calon sebanyak RM20 di mana-mana pejabat SPR negeri atau di Putrajaya.

 
Leave a comment

Posted by on April 11, 2013 in Peristiwa

 

Lahad Datu “Pengundi Hantu” BN?

atm-najib

Sama ada pencerobohan di Lahad Datu dirancang atau sebaliknya, semangat patriotisme yang wujud akan menguntungkan parti kerajaan. Patriotisme ini dipacu oleh rasa ingin bersatu bersama pasukan keselamatan dalam memenangi krisis ini, sekali gus bersama kuasa politik yang menggerakkan jentera pasukan itu atau pemerintah . Pasukan keselamatan dan pemerintah dianggap setaraf dengan “negara” dan “tanah air” yang wajar dicurahkan sepenuh kesetiaan (tanpa kritik) dan pengorbanan (tanpa batas). Ini berbeza dengan pergolakan politik dalaman. Penentangan terhadap orang asing ini dianggap nilai utama atau kebaikan teratas kita bersama. Pengacau ini tidak boleh ditangani dengan cara biasa — cara politik dalaman seperti demonstrasi, saman, kenyataan akhbar atau laporan polis. Mereka hanya boleh dibereskan melalui pasukan keselamatan. Patriotisme seperti di Lahad Datulah sebetulnya “pengundi hantu” yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); yang tidak terjejak di pangkalan data Pakatan Rakyat. [Dirumus daripada tulisan FATHI ARIS OMAR , Ketua Pengarang Malaysiakini].

 
Leave a comment

Posted by on March 16, 2013 in Peristiwa

 
Image

Inikah Khalifah Akhir Zaman?

sultan_muhd_v

Sultan Mahmud mangkat dijulang
Laksamana kembali ke Rahmatullah
Kasihnya patik tiada kepalang
Moga jajahan takluk diberkati Allah

ada kendi ada gelas
ada hari Allah balas

 
1 Comment

Posted by on February 10, 2013 in Peristiwa

 

Politweet anggar 150 Ribu?

pas-rallykl

Politweet.org sebuah pertubuhan kajiselidik online bebas, menganggarkan kehadiran orang ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 adalah seramai 150,000 orang. Bukti daripada data fotografi menunjukkan keluasan kawasan perhimpunan mencecahkan hampir 40,000 meter persegi di dalam stadium tidak termasuk ruang duduk. Jika diambilkira purata 3.5 – 4 kaki persegi per individu, jumlah hadirin di luar stadium ialah antara 106,037 — 121,185 orang. Apabila mengambilkira keupayaan stadium menempatkan 30,000 orang maka jumlah keseluruhan perhimpunan ialah seramai antara 136,037 – 151,185 orang. Bagaimanapun, jumlah tersebut akan diteliti setepatnya seminggu dua nanti. Sementara itu, Bar Council pula menganggarkan jumlah kehadiran adalah seramai antara 70,000 – 100,000 orang. Bagaimanapun, pihak yang seharusnya mempunyai kepakaran statistik dan forensik seperti Polis tidak mampu menganggarkan jumlah yang logik. Satu lagi akibat campurtangan Menteri?

 
Leave a comment

Posted by on January 13, 2013 in Peristiwa

 
Image

45 Ribu atau 100 Ribu?

Twitter awal PDRM seramai 80,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 pada 12 Januari 2013. Jumlah tersebut kemudian dikurangkan menjadi 45,000 orang sahaja. Penganjur menganggarkan 100,000 orang menghadiri perhimpunan daripada sasaran awal sejuta hadirin. Apakah mekanisme yang digunapakai pakar statistik dan bancian dalam menganggarkan jumlah orang ramai dalam sesuatu perhimpunan besar?

"Kaedah yang paling tepat dalam mengira jumlah kehadiran orang ramai dalam sesuatu himpunan adalah dengan mendapatkan imej dari udara, kemudian plot kepada kawasan2 berkepadatan sama. Ukur keluasan dalam kaki persegi setiap kawasan, buat kiraan munasabah kepadatan setiap kawasan dan kemudian jumlahkan semua grid (bilangan yang hadir dalam setiap kawasan) menjadi jumlah besar." [Prof. Dr. Stephen Doig, Pakar Bancian & Statistik, Arizona State University]

[Kaedah bancian Prof. Dr. Stephen Doig, Pakar Bancian & Statistik, Arizona State University]

“Kaedah yang paling tepat dalam mengira jumlah kehadiran orang ramai dalam sesuatu himpunan adalah dengan mendapatkan imej dari udara, kemudian plot kepada kawasan2 berkepadatan sama. Ukur keluasan dalam kaki persegi setiap kawasan, buat kiraan munasabah kepadatan setiap kawasan dan kemudian jumlahkan semua grid (bilangan yang hadir dalam setiap kawasan) menjadi jumlah besar.”

 
Leave a comment

Posted by on January 12, 2013 in Peristiwa