RSS

Category Archives: Uncategorized

DSMNAR PM Terakhir?

tsmy2016

Parti Amanah Negara (Amanah) mengulangi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan akan bekerjasama dengan parti itu bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14.

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain PKR dan DAP, PPBM juga merupakan parti yang penting untuk menyelamatkan Malaysia walaupun umurnya baru beberapa hari.

“Parti PPBM umurnya belum setahun tapi kita merasakan parti ini penting untuk negara.

“Tua ataupun muda yang penting kita sinergikan kekuatan kita,” kata beliau dalam pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi. (24/9/2016).

Pidato tersebut merupakan pembukaan kepada program sambutan setahun Amanah yang akan berlangsung sepanjang hari ini.

Turut bersama dalam pidato tersebut ialah presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Salahuddin juga berkata, beliau yakin semua pemimpin pembangkang dan rakyat bercita-cita untuk menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri terakhir.

“Saya pernah mencadangkan sebaik mana pun perdana menteri jangan lebih dua penggal.

“Saya mencadangkan supaya pentadbiran negara biar cukup lima tahun satu penggal.

“Kita ada perdana menteri yang rompak duit rakyat tapi tak boleh dibuat apa-apa,” katanya. – Malaysia Dateline

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 25, 2016 in Uncategorized

 

Najib Tersasul Bubar Parlimen?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan sendiri. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu. Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti. Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu. Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon. Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat. Bagaimanapun, Najib tersasul apabila menyebut tarikh 3 April 2013 kepada 3 April 2012…[Harakahdaily]

 
Leave a comment

Posted by on April 3, 2013 in Uncategorized

 

Khinzir Jadi Calon Pun Boleh Menang?

ikmal_duit

Seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Tanah Merah , Kelantan, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau terkejut melihat seorang pemimpin Umno membawa wang RM1.2 juta yang dibungkus di atas meja untuk ditayangkan kepada penduduk di Kerilla baru-baru ini. Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka. Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung. Inilah cara UMNO-BN meraih undi dengan memperbodohkan rakyat. Duit punya pasal penyokong-penyokong tegar UMNO-BN sanggup menjadi samseng mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Sebenarnya puak-puak ini marah sangat pada Pakatan Rakyat bukan apa, tapi sebab mereka sudah kesedapan mendapat BR1M dan rasuah-rasuah lain menjelang pilihanraya. Takde pulak mana-mana individu berkaliber nak simpulkan bahawa pemberian menjelang saat-saat pilihanraya adalah RASUAH POLITIK. Inilah jenis manusia yang sangat “mengenang budi”. Bagi je RM50 atau RM100 lima tahun atau sepuluh tahun atau 55 tahun sekali, BN letak khinzir jadi calon pun boleh menang!

 
Leave a comment

Posted by on February 6, 2013 in Uncategorized

 

PRU ke-13 Semakin Hampir?

PRU-13

Hampir setiap lima tahun sekali kegelisahan rakyat terserlah akibat kemelut politik, politicking, politik adu domba, politik fitnah-mehnah atau apa sahaja atas nama politik yang meningkat kadar stress. Kepincangan ini bagai tiada kesudahan dan tidak berpenghujung. Politik menjadi satu elemen kehidupan paling dibenci oleh segelintir masyarakat menyebabkan sebahagian menjadi tidak kisah apa nak jadi, jadilah. Patriotikkah golongan ini? Sementelahan pula, tarikh pembubaran telah menjadi satu privilege atau hak istimewa Perdana Menteri. Semenjak 2012 beberapa jangkaan atau ramalan tarikh pilihanraya tersebar serata alam siber. Bagaimanapun, detik ditunggu pasti tiba. Tahun Baru Cina jatuh pada Jumaat 10 Februari 2013. Sementara Chap Goh Meh antara 19-20 Februari 2013. Tersenarai tarikh terbubarnya Dewan Undangan Negeri-negeri Johor & Negeri Sembilan (21 & 27 Mac 2013), manakala Pahang, Selangor, Melaka, Perak, Perlis, Kelantan & Sabah pada 20 – 29 April 2013. Pulau Pinang dan Kedah pula pada 2 Mei 2013. Mengambilkira tarikh-tarikh tersebut, maka pembubaran parlimen dijangka pada 22 Februari 2013, penamaan calon pada 16 Mac dan Hari Mengundi dijangka pada 30 Mac 2013. Selepas ini hendaknya tarikh pilihanraya tidak menjadi rahsia lagi.

 
Leave a comment

Posted by on January 20, 2013 in Uncategorized

 
Video

#LISTEN

#Listen phenomenon from crazy view of Namawee Tokok…

 
Leave a comment

Posted by on January 18, 2013 in Uncategorized